Sunday, January 31, 2010

Selamat Pengantin Baru Izam Dan Liya






Tempahan kek perkahwinan 2 tingkat ini sebenarnya dibuat oleh Sharifah Alawiyah iaitu adik ipar saya untuk Kak Nor yang duduk di Cheng. Kak Nor nak tema Purple Pink sama dengan baju pengantin. Selamat menyambut menantu ye Kak Nor dan Selamat Pengantin Baru untuk Izam dan Liya,semoga berbahagia ke anak cucu.

Friday, January 29, 2010

2 Tier Wedding Cake Purple White Theme



1st tier

2nd tier
Haa ini koleksi gambar terakhir tempahan dari Emma Fizieana Rosnan,wedding cake purple n white theme untuk majlis persandingan sebelah pihak lelaki.Terima kasih kepada Emma dan Hafizd kerana sudi membuat tempahan dengan kami.

Thursday, January 28, 2010

Hantaran Cupcake Tema Ungu Putih.





Cupcake hantaran Ungu Putih ini ditempah oleh Emma juga tetapi untuk pihak pengantin lelaki.

Wednesday, January 27, 2010

Kek Perkahwinan 2 Tingkat Emma Fizieana Rosnan

Tempahan dari Emma untuk pihak pengantin perempuan,
1 tier -1 set of chocolate cupcake



2 tier - 2 kg chocolate cake.
Tema tetap maintain ,nak merah putih juga,he he he kecuali daun ada hijau sikit..ok Emma nanti akak uploadkan gambar kek pihak pengantin lelaki pulak ye. Tq tq tq.

Tuesday, January 26, 2010

Selamat Pengantin Baru Emma Fizieana Dan Hafidz






Tempahan dari Emma Fizieana Rosnan, Emma menempah 2 set cupcake hantaran, 2 set wedding cake dan chocolate fudge doorgift untuk majlis perkahwinannya.Diatas adalah gambar cupcake tema merah putih untuk pihak perempuan. Dibawah ini adalah chocolate fudge doorgift yang Emma tempah. Gambar2 lain akan menyusul nanti.

Doorgift Untuk Pihak Sebelah Lelaki




Haa yang ni pun tempahan dari Emma juga ,chocolate fudge doorgift ,untuk pihak sebelah lelaki bawa pulang.

Sunday, January 24, 2010

''Cinta Ku Untuk Mu''





Tempahan dari Vin untuk hantaran pertunangan(kalau tak silap) dengan tema hijau putih. Terima kasih Vin kerana sudi order dengan kami.

Friday, January 22, 2010

Selamat Bertunang




Tempahan Reha dari Saujana untuk dihadiahkan kepada saudaranya, untuk majlis pertunangan. Reha nak tema merah,purple. Terima kasih Reha kerana sudi order dengan Farissha' cupcake cafe.

Thursday, January 21, 2010

Cupcake Hantaran Tema Gold Dan Putih




Order dari Ili untuk majlis perkahwinannya dengan Zul. Ili nak tema gold dengan putih ,bentuk kerawang love dan gold rose dihiasi dengan sedikit dedaun hijau. Selamat Pengantin Baru kepada Ili dan Zul.

Red Velvet Untuk Majlis Bacaan Doa Di Rumah Mentua






Sebenarnya , Red Velvet ni buat untuk makan-makan, baca doa di rumah mentua saya di Bukit Piatu masa Hari Raya Aidil Adha yang lalu,baru ni berkesempatan nak upload gambar ni.

Tuesday, January 19, 2010

Happy Birthday To Nur Sabrina 6 Tahun



Kek ni sebenarnya tempahan dari walk in customer,tetapi terlupa pulak nak tanya nama hari tu.

Sunday, January 17, 2010

Sesamee Street Theme






Order dari Pra Sekolah Pra Arif Sk Gangsa dan Pra Sekolah Pra Bijak Sk Gangsa .2 set cc Sesamee Street Theme. Terima kasih kepada pihak Sk Gangsa kerana sudi order dengan Farisshahomemade.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails